Friday, July 9, 2010

Jambori Amal Peringkat Negeri Perlis 2010



Program tahunan Jabatan Amal perlis iaitu Jambori Amal telah di adakan pada 12,13, dan 14 February 2010. Jambori yang disertai lebih 100 orang perserta telah berjaya mencapai objektif untuk menarik golongan muda menyertai program-program yang dianjurkan bagi membina semangat dan ruh berbakti kepada masyarakat kerana Allah.

Berikut merupakan gerak kerja yang diusahakan oleh para urusetia dengan begitu gigih demi menjayakan jambori Amal peringkat negeri perlis buat julung-julung kalinya.




mencari buluh jauh di pendalaman bukit cabang.




buluh diikat kemas supaya tidak tergelicir......



wajah bagmat merangkap (komandor 1 jabatan amal perlis) kepenatan setelah bertarung dengan miang buluh..

Tapak jambori (madi jejawi dalam). para peserta sibuk memasang khemah.

hemmm, macam tak berapa nak kelia lagi ni....Ustaz Rosmadi Ramli berbaju oren (pengarah Jabatan Amal Perlis) memantau perjalanan persiapan tapak jambori. mai nak try test tengok kuat tak kuat..

bendera Malaysia dan perlis lambang kebanggaan

acara paling mencabar dan menarik 'ninja amal'. para petugas bertukus lumus menyiapakan litar ninja amal.

unit amal Walad daripada sekolah rendah Islam Al-Fuqqan dan At-Takwa tidak ketinggalan menyertai Jambori pada kali ini...sibuk ya pasang Khemah....


dari kanan nombor....(komandor 1 memberi arahan) semasa reheasel




ha, macam ni dari kanan lurus. (saudara shahrul mutminin mat isa memberi tunjuk ajar cara-cara membetulkan saff).


Alhamdulilah, program yang telah direncana berjaya dilaksanakan dengan baik. semoga usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh semua pihak bagi menjayakan Jambori Amal Peringkat Negeri Perlis tahun 2010 mendapat keberkatan daripada Allah (swt). jumpa lagi tahun hadapan.insyaAllah.

No comments:

Post a Comment