Tuesday, July 13, 2010

Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Piala Pesuruhjaya 2010




KEJOHANAN PERDANA BOLA SEPAK 7 SEBELAH PIALA PESURUHJAYA 2010

ANJURAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERLIS DENGAN KERJASAMA DACS NEGERI PERLIS.

PADA 23 & 24 JULAI 2010
TEMPAT : ARAU , KANGAR , PADANG BESAR.

HUBUNGI : KHAIRUDIN ( 0124276175) MAT KHOMEINI ( 0179488480 @ 0194548480)

Sunday, July 11, 2010

Program kemasyarakatan bersama penduduk kampung Teluk Jambu Bintong




salam perjuangan,

Jabatan Amal negeri perlis meneruskan langkah dengan mengatur pelbagai program terutamanya program yang memberi manafaat kepada masyarakat. Pada 11 julai 2010 satu aktiviti membersihkan kawasan perkuburan Islam di kampung teluk jambu bintong telah rencana. Seawal jam 8.30 pagi dengan kerjasama lebih kurang 10 orang penduduk setempat program tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya. semoga Jabatan Amal Perlis terus megorak langkah beramal Kerana Allah. InsyaAllah.



pakai helmet ty, demi keselamatan ...hehehe


setiap yang hidup pasti mati.(sebagai renungan bersama)


tebas, jangan tak tebas..


eh,kat mana ni nak tarik......

bersungguh pengarah jabatan amal kita....

matahari pun dah meninggi,jadi simpan peralatan la pula....

nampaknya ada sesuatu yang dibincang tuan pengarah dan setiausaha,mungkin program-program yang seterusnya..semoga usaha ini mendapat rahmatnya..Amin.

Friday, July 9, 2010

Jambori Amal Peringkat Negeri Perlis 2010



Program tahunan Jabatan Amal perlis iaitu Jambori Amal telah di adakan pada 12,13, dan 14 February 2010. Jambori yang disertai lebih 100 orang perserta telah berjaya mencapai objektif untuk menarik golongan muda menyertai program-program yang dianjurkan bagi membina semangat dan ruh berbakti kepada masyarakat kerana Allah.

Berikut merupakan gerak kerja yang diusahakan oleh para urusetia dengan begitu gigih demi menjayakan jambori Amal peringkat negeri perlis buat julung-julung kalinya.




mencari buluh jauh di pendalaman bukit cabang.




buluh diikat kemas supaya tidak tergelicir......



wajah bagmat merangkap (komandor 1 jabatan amal perlis) kepenatan setelah bertarung dengan miang buluh..

Tapak jambori (madi jejawi dalam). para peserta sibuk memasang khemah.

hemmm, macam tak berapa nak kelia lagi ni....Ustaz Rosmadi Ramli berbaju oren (pengarah Jabatan Amal Perlis) memantau perjalanan persiapan tapak jambori. mai nak try test tengok kuat tak kuat..

bendera Malaysia dan perlis lambang kebanggaan

acara paling mencabar dan menarik 'ninja amal'. para petugas bertukus lumus menyiapakan litar ninja amal.

unit amal Walad daripada sekolah rendah Islam Al-Fuqqan dan At-Takwa tidak ketinggalan menyertai Jambori pada kali ini...sibuk ya pasang Khemah....


dari kanan nombor....(komandor 1 memberi arahan) semasa reheasel




ha, macam ni dari kanan lurus. (saudara shahrul mutminin mat isa memberi tunjuk ajar cara-cara membetulkan saff).


Alhamdulilah, program yang telah direncana berjaya dilaksanakan dengan baik. semoga usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh semua pihak bagi menjayakan Jambori Amal Peringkat Negeri Perlis tahun 2010 mendapat keberkatan daripada Allah (swt). jumpa lagi tahun hadapan.insyaAllah.

Monday, June 7, 2010

Salam Perjuangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulilah, dengan keizinan daipadaNYA, Jabatan Amal negeri Perlis mengorak satu langkah dengan terhasilnya blog rasmi ini. Semoga kehadiran blog di alam maya ini mendapat keredoan daripada Allah (swt).

InsyaAllah melalui blog ini segala aktiviti,maklumat dan perkembangan terkini Jabatan Amal Perlis akan dimaklumkan. Sokongan anda amat dialu-alukan bagi memperbaiki serta menambahbaik blog ini.

segala komen atau nasihat bolehlah diemailkan kepada jabatanamalperlis@gmail.com

sekian,


Beramal kerana Allah